Download Matan Zubad Ibnu Ruslan

Matan Zubad adalah salah sebuah karya bahasa Arab dalam bentuk puisi yang mengandungi lebih daripada 1,000 bait yang sangat terkenal di seluruh dunia Islam. Sejak dari dahulu sehingga kini penghafalan Matan Zubad diberi penekanan oleh institusi-institusi tradisional Islam seperti di pondok-pondok atau pesantren-pesantren.

Matan Zubad adalah hasil karya Abu al-Abbas Ahmad ibn Hussein ibn Hasan ibn ‘Ali ibn Yusuf ibn ‘Ali ibn Arsalan al-Ramli [753H -844H].Dikenali dengan Ibn Ruslan. Lahir di Ramlah, Palestin dan wafat di Baitulmaqdis, Palestin. Matan Zubad ini banyak disyarahkan oleh para ulama seperti Ghayah al-Bayan fi Syarh Zubad Ibn Ruslan oleh al-‘Allamah Syamsuddin al-Ramli, Mawahib al-Shomad fi Hal Alfaadz al-Zubad oleh Syaikh Ahmad al-Hijazi al-Fasyani, Ifaadah al-Saadah al-Umad bi Taqrir Ma’ani Nazam al-Zubad oleh al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin ‘Abd al-Baari al-Ahdal, Faidh al-Manan Syarh Zubad Ibn Ruslan oleh al-‘Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad al-Bathah al-Ahdal dan lain-lain lagi.


Download Kitab Fatawa wa Masail ibnu Shalah

Kitab Fatawa wa Masail ibnu Ibnu Shalah adalah kitab kumpulan fatwa-fatwa  Ibnu Shalah dalam Fiqih, Hadits, Tafsir Dll. Nama aslinya Taqiyyuddîn Abu ‘Amr Utsman bin Abdurrahman bin Utsman bin Musa al-Kurdi al-Syahrazuri. Ibnu al-Shalâh sendiri awalnya adalah julukan ayahnya, lalu dinisbatkan kepada Abu ‘Amr sehingga sampai sekarang ia lebih dikenal dengan sebutan Ibnu Shalâh, beliau adalah sebahagian dari ulama-ulama yang bermadzhab Syafi’iah

Nama beliau banyak disebut oleh para ulama Syafiiyah dalam kitab-kitab mereka. Salah satu kitab beliau yang populer adalah Fatawa wa Masail Ibnu Shalah sebuah kitab kumpulan fatwa-fatwa beliau.


Download Kitab Al-Wajiz fi Fiqh al-Imam al-Syafi'i

Kitab al-Wajiz fi Fiqh al-Imamal-Syafi'i adalah kitab karya hujjatul islam Imam Al-Ghazali dalam bidang  Fiqih Madzhab Asy-Syafiiah, yang sebelumnya telah kami posting kitab Al-Washit karya imam Al-Ghazali yang juga sama mengenai fiqih madzhab syafi’I, hanya saja kitab Al-Wajiz ini lebih ringkas dan  singkat daripada kitab Al-Washit.

Selain kitab-kitab diatas imam Al-ghazali juga mengarang kitab Fiqih madzhab syafi’I yaitu kitab Al-bashit yang insyaAllah dikemudian hari akan kami posting Download kitabnya.
Kitab ini juga ada syarahnya yaitu Al-Ajiez syarah Al-Ajiz karya imam Mawardi rahimahullah dan InsyaAllah kitabnya akan kami posting di kemudian hari


Penulisan Kitab Fiqih, Matan, Syarah, Hasyiah

Secara umumnya terdapat berbagai-bagai cara dan jenis penulisan para fuqaha dalam bidang Ilmu fiqh ini.Ianya dapat dibahagikan kepada beberapa jenis penulisan seperti dibawah :
1. Matan
2. Syarh
3. Hasyiah
Mari kita lihat satu persatu apakah maksud ketiga-tiga jenis penulisan tersebut.

Matan :

Matan adalah kitab yang ditulis secara ringkas.Penulis hanya memuatkan fakta-fakta penting tanpa memasukkan sebarang penerangan yang panjang dan terperinci terhadap sesuatu permasalahan dalam fiqh.Penulis kitab jenis ini kebiasaannya akan menggunakan istilah-istilah yang dianggap tepat dan menyeluruh.
Kitab-kitab jenis ini agak sukar untuk dibaca sekiranya tidak terdapat ulasan atau syarah dari mana-mana ulama atau fuqaha yang menerangkan maksud dan makna pada setiap baris matan yang ditulis dalam kitab-kitab tersebut

Download Kitab Minhaj At-Thalibin

Kitab Minhaj At-Thalibin adalah kitab Fiqih madzhab Syafi’i karya Imam Nawawi. Kitab ini sangatlah penting keberadaanya dalam mempelajari fiqih madzhab Syafi’I, karena banyak ulama madzhab Syafi’I yang mengambil referensi pemecahan mas’alah fiqih dari Kitab Minhaj A-Thalibin ini.